Tuesday 24 April 2012

✿˚♥ Kenapa kita di UJI ? ♥ ヅ

✿| Assalamualaikum |


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



RENUNGKAN 
" kadangkala Allah hilangkan mentari . . kemudian Dia datangkan guruh . . puas kita menangis . .mencari di mana mentari kita . . rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah  "

- SABARLAH DUHAI INSAN . . MUNGKIN ADA KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI (!)-


Hari nie MOOD aku sangatlah tak okey , memang sedikit BERCELARU sesangat . something yg teruk terjadi kat wad . Perasaan aku memang bercampur semua , kekadang pikir balik , boleh jadi giler . Marah , sedih , sakit hati , semua ada . Tuhan je tahu macam mane perasaan aku hari nie .Tak tahu nak luahkan pada siapa,naseb ada blog aku nie,ada jugak tempat aku nak luahkan apa yg aku rasa :'(

 Disebabkan tak tahan sangat , mengalir gak air mata aku waktu keje tadi . Tapi teruk lagi aku nangis , sesudah balik keje tadi . Melepaskan  kesedihan nie . Sampai terdetik dalam diri aku nak berhenti je jadi NURSE . Menyesal teramat . Ye , keje nurse bukan senang , perlukan byk kesabaran . Banyak sgt benda yg  nurse perlu buat , sedangkan org lain kat luar sana mungkin tak sanggup buat . Dan kalau nak tahu , aku tak pernah terpikir nak jadi NURSE . Dulu mase first2 masuk kolej nurse nie memang hampir tiap malam aku nangis kat mom aku n abah aku.tak sanggup kena buat semua tu.*cam budak-budak kan perangai.
Tapi mom n abah aku la selalu bagi semangat kat aku tuk teruskan my studies until now on. Thanks ma & abah , sayang kamu berdua ♥ ヅ

Dulu elok-elok je study di Matrik , aku keluar . Result exam aku kat sana pom OWKEY. Bodohnya aku. Kalau tak , mungkin sekarang aku dah ambik ijazah . Tapi disebabkan memikirkan jaminan pekerjaan , aku masuk SPA. Nak menyesal pun dah tak berguna sebenarnya .Mungkin takdir TUHAN dah tentukan pada hidup aku . Tapi , kejam nye aku kan , sebab masih tak REDHA dengan semua nie.Kenapa semua nie jadi kat aku ? kenapa ? mungkin kah aku sedang diuji ?
"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Allah tidak akan menguji umatNya melainkan dengan kesanggupan . Allah sayangkan umatnya sehingga diturunkan ujian keatas sekalian umat.Supaya umatNya tidak terus leka , dan selalu mingingatiNya :) Mungkin akan ada hikmah disebalik semua nie .Percayalah,Allah mendengar segala tangisan  dan kesedihanmu itu. Ingatlah bahawa ujian Allah bukan suatu penyiksaan tetapi hakikatnya engkaulah insan terpilih.Patutnya aku rasa bersyukur kerana menjadi diantara insan yg terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai.Besarnya kasih sayang Allah.Alhamdulillah aku sedar , aku salah .




" Ya Allah , dunia yg Engkau pinjamkan buat umatMu ini indah , tetapi durinya sering menusuk . Nikmat yg Engkau berikan takkan dapat untukku hitungnya . Tetapi Ya Allah , hambaMu ini sering alpa dan leka dek buaian mimpi yang tak sudah . Ya Allah , ujian yg telah Engkau berikan terasa begitu perit , kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yg kekadang nipis,senipis kulit bawang . Ya Allah , jika ini ujian yang telah tertulis untukku lalui,bantulah aku.Agar aku tidak tersasar dari jalanMu.Agar aku bersyukur dengan ujian Mu ini Ya Allah"♥ ヅ



Sekian dahulu untuk ENTRY aku kali nie. Wassalam ♥ ヅ





Monday 23 April 2012

Takut nye aku pada jarum (!) ;'(

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum . . . ✿ (◠‿◠)



Sudah lama rasanya , aku tak mengUPDATE ENTRY baru kan ? Tetibe hari nie rasa nak menghadap lappy     nak menaip ENTRY baru pada blog aku yg sudah sedikit bersawang nie . . kui3 :D

Okay , actually mood aku tak berapa okey hari nie . Mana tak nye bila berdepan dengan jarum . Bila diri kena cucuk jarum . Hissshhhh lagi la aku tak sanggup !



Tengok je gambar kat atas da rase TAKUT kan ? Even aku nie student nurse and bakal menjadi seorang staff nurse , tapi rasa takut yg teramat bila kena cucuk memang tak boleh nak hilang jugak . Pelik kan ? padahal tiap-tiap hari aku kena cucuk pesakit kat wad , tapi bila aku sendiri yg kena cucuk , sumpah memang aku akan nangis . * cam budak2 kan prangai . Kekadang malu jugak nga member2 aku . Yg aku paling cuak bila kena ejek nga member2. Nak buat macam mane memang tu kelemahan agi kan .

Em satu masalah yg aku kena hadapi skunk nie . Sejak akhir2 nie aku selalu gak sakit perut , nak pergi wat CHECK UP , memang kompem aku tak nak . Punya lah takut bagai kan ? 

3 sebab kenape aku takut sesangat :-
  • Firstly , lau kes aku nie serius ,  aku takut Doktor cucuk ambik darah aku sebab mana taw kot2 dye nak hantar makmal , nak taw sakit ape :'(
  • Second is aku takut sesangat nak dengar keputusan , apa sebab aku sakit tuh & apa penyakit yg hinggap kat aku nie :'(
  • thirdly is lau benda tuh serius tetibe kang dye masukkan aku pulak dalam hospital tuh , jadik lah pesakit , memang kompem2 kena cucuk masuk branula. *besar kot jarum tuh, bukan senang nak masuk* Dah lali dah aku tengok kat wad, Fuuhhhh memang sakit :'(

Lastly aku wat keputusan tak nak pegi CHECK UP ! degil nye aku kan . ? Aku ambik keputusan mintak doktor sign preskripsi ubat untuk aku . Habis cite . Telan je la ubat tu. Mudah-mudahan tak de ape-ape. . ^__^

INSYAALLAH . AMIN ✿ (◠‿◠)



Sunday 8 April 2012

●•♥❤•● P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N K.A.M.I . . . .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum . .

 " mata yang melihat tidak sama dengan mata yang merasai "

Buat kawan-kawan yg aku sayangi . ENTRY nie KHAS untuk korang :)

Untuk pengetahuan korang , sewaktu aku menulis entry nie , air mata aku tak berhenti  mengalir . Jatuh mengalir membasahi mata aku .Ingin aku luah kan kat korang aku sayang korang sangat2. Kalau boleh aku nak kita kawan sampai bila-bila dan biarlah MATI sahaja yg dapat pisahkan kita berempat . Sedih Ya Allah  , sedih sangat . Tuhan je tahu . . . 

( awal semester tiga . alhamdulillah kami sama-sama dapat naek semester 3 )

. . . .1 . januari . 2011. . . .
Tarikh ini aku mula-mula masuk ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh dan pada tarikh ini juga Tuhan telah mempertemukan aku dengan seorang insan yg selalu menceriakan hidup aku serta insan yg sentiasa berada disamping aku dikala aku sedih  mahupun gembira . Thanks syg for everything . 

♥ ヅ

Ini mase kami berdua mula-mula masuk kolej tu :)

Rapat nya kita AINA NASEHA o.O
ko selalu wat aku HAPPY n orang yg sama kepala ngan aku , giler2 gitu . budak mata bulat yg banyak mulut dan seorang budak tembam yg suka tidur but jadi tak terkawal tatkala berhadapan ngan kamera even even handpom aku . kita SAMA kan suka sgt bergambar >,< hehe

Sayang , kau ingat tak gambar nie ? Rapat nye kan kita ? Nape skunk kita da tak macam nie lagi ? Aku rindu sangat masa dulu :'( Makin hari kita makin jauh sayang . Mungkin masing-masing da ada life masing-masing . Tapi kalau kau nak tahu , aku selalu nangis tiap kali kita gaduh-gaduh or salah faham even hal kecik . Ye , aku tahu aku sensitif sangat kan , da besar pun perangai still lagi cam budak-budak :)

[ DULU KAMI BERDUA , SETERUSNYA BERTIGA ]



Itu AYU FARIHA o,O
si gadis yg punya suara ala2 artis yg minat berkaroke a.k.a rumate si AINA . sangat la berbisa bila berbicara dan seorang yg sgt berterus-terang even adakala nya apa yg diluahkan boleh membuat seseorang itu terluka . tapi bila dah biasa kena semua tu dah jadi tawar :D aku sgt akui dulu memang aku terasa sgt2 bila ko cakap apa-apa je , sume tu pedas sgt sayang tapi lama-lama aku tahu tu memang cara ko selalu nak menang.hehehe and aku ley terima secara perlahan-lahan . Umur tua setahun dari kami menunjukkan kau matang dalam apa jua hal , tak macam kami yg masih bersikap keanak-anakkan . Right ? thanks jugak tuk kau sayang :)

[ DULU BERTIGA SEKARANG BEREMPAT ]


tambah sorang lagi kawan iaitu EQA CHUICHUI o.O

kawan a.k.a rumate aku . gadis aset pp pau nie seorang yg ceria dan kuat tido . hubungan kami mula rapat apabila kami menjadi rumate semasa aku praktikal di Klang awal bulan9 tahun lepas . sedangkan dulu nama aje satu kelas tapi jarang bertegur . tak sangka pulak sekarang menjadi teman sebilik dan sebantal :D tak tahu kenapa aku selesa berkawan dengannya . tapi macam-macam dugaan kami terima selama bersahabat . alhamdulillah kami berjaya tempuhi nya. Thanks juga to you dear :)


rapat nye kita kan sayangku semua ? akrab nya kita kan ? kalau dulu duduk tengok movie sesama , study sesama , makan sesama , lepak sesame , gelak sesame . apa-apa pun mesti sama-sama kan ? 
. . . . . .
setahun berlalu sangat cepat kan sayang ? pejam celik dah masuk setahun lebih persahabatan kita kan ? Banyak sangat suka duka yang kita sama-sama tempuhi kan ?
. . . . . .
tapi sedar atau tak ,masa telah memisahkan kita sayang . aku jugak sangat pasti korang pun perasan semua nie kan ? 
. . . . . . 
Ya Allah , rindu nya aku saat kita bersama dulu . kekadang aku terfikir. . . .

Bilakah saat bahagia itu akan bersua lagi ?
Adakah kita masih lagi dapat berkumpul macam dulu ? borak dan makan sama . .
atau
Mungkinkah semua itu tak akan terjadi lagi ?

S.A.Y.A.N.G
ingat lagi tak gambar yg kita sama-sama tukar dulu ? gambar korang masih lagi tersemat dalam purse aku ,tiap-tiap hari aku bukak mesti terlihat wajah korang . tak pernah aku keluarkan gambar tu dari tempat tu . sayang nya aku dekat korang . kadang-kadang keluar air jernih mengalir membasahi pipi aku.tapi aku tak bagitahu korang . aku pendam dalam hati ,kekadang kerana tak dapat menahan rindu , aku call korang , nak dengar suara korang . bodoh nye aku kan ? perangai cam budak-budak . asyik nanges jer :)
. . . . . .
aku jugak akui korang mungkin ada terasa hati ngan perangai aku..yelah perangai aku nie buruk gak kekadang kan . maaf sayang . insyaallah aku ubah perangai aku . bila berjauhan nga korang , aku cuba untuk berdikari ,cuba untuk jadi lebih matang . even hati aku berat nak tinggal kan korang masa aku terpaksa ditempatkan di Klang . sesungguh nya jauh disudut hati aku , berat untuk aku berjauhan nga korang :'(


satu je aku mintak nga korang even apa-apa jadi kat hubungan persahabatn kita ,aku nak kita sama-sama graduate n sama-sama bergelar seorang Staf Nurse sayang . 

AKU NAK KORANG TAHU AKU SAYANG KORANG LEBIH DARI SEGALANYA ✿ (◠‿◠)



Tuesday 3 April 2012

●•♥❤•● Mati itu sesuatu yang pasti

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum . . .


Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada diriku ini untuk terus menghirup udara segar ini , memberi peluang untuk saya bersama orang-orang yg saya teramat sayangi ibu bapa  , adik2 , nenek , saudara mara dan juga kawan-kawan ku yang tidak pernah jemu meberi sokongan dan menceriakan hidup aku selama ini. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada kalian semua . Sesungguhnya ini merupakan kekuasaan Allah s.w.t untuk kita semua .

Allah berfirman yang bermaksud :


“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”
(Surah Jum’ah ayat 8 )
mati itu pasti. . . cuma bila , di mana , bagaimana , kenapa dan seumpamanya yg membezakan segalanya . . .

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

ISNIN. 2.4.2012
Hari ini seperti hari-hari biasa aku bangun pada pkul 5.30 pagi mempersiapkan diri aku untuk memulakan pekerjaan aku sebagai student nurse di Hospital Tunku Ampuan Rahimah , Klang. Pada minggu ini , group aku telah ditempatkan di wad surgical 3A iaitu wad pembedahan wanita . Tepat jam 6.45 pagi, aku bersama teman-teman berjalan untuk ke hospital yang terletak hanya beberapa meter dari asrama kami.
Keadaan didalam wad hari nie  sunyi dan tak ramai pesakit. Katil-katil banyak yang kosong, biasalah wad surgical tak macam wad medikal yang pesakit nya hampir 80 orang dan siap ada katil tambahan lagi kan.
. . . . . . .
Selepas mengambil report dari staf nurse yang incharge kubikel , aku melakukan tugas seperti biasa. Tapi kerja di wad surgikal tak de lah seteruk medikal.So, selesai siapkan semua kerja , aku berjalan menghampiri satu persati katil pesakit untuk membaca dan memahami sebab pesakit dimasukkan ke wad dan tindakan perawatan yang akan dijalankan ke atas mereka.
. . . . . . .
Setiba aku di kubikel acute iaitu kubikel yang agak dikira kes berat la jugak dan perlu rawatan serius serta dalam pemerhatian , aku terlihat seorang gadis berumur sekitar 20 an iaitu sebaya dengan umur ku berselirat dengan banyak wayar-wayar mesin yang disambungkan kepada nya. Keadaan nya juga agak teruk dan kritikal.Aku tertanya-tanya . Lalu aku membuka  membuka fail pesakit serta sempat berbual dengan ibu gadis tersebut yang setia menemani anak nya. Gadis tersebut dimasukkan kewad disebabkan kemalangan jalan raya. 
. . . . . ..
SELASA . 3.4.2012
Sama seperti semalam aku menjalankan tugas aku di wad tapi hari ini sngat berbeza kerana aku dapat rasa hari ini lambat sangat , tak tahu kenapa. Wad pun seperti agak suram sahaja Mungkin itu hanya perasaan aku kot . Si ibu yang menemani gadis semalam masih setia menemani anak nya . Begitu lah kasih ibu . 
. . . . . . 
Semasa aku tengah melakukan kerja aku , dengan tiba-tiba seorang kakak yg menjaga kubikel acute iaitu senior aku , Kak Ros datang menghampiri aku dan memberitahu bahawa keadaan gadis tadi sangat tenat dan hanya menunggu masa sahaja. Tanda-tanda dapat dilihat apabila badannya mulai sejuk,suhu dan tekanan darah menurun,pernafasan berkurangan dan oksigen dalam badannya juga rendah . Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa. Astaghfirullahalazim . . .
. . . . . .
Terdetik perasaann sedih dalam hati aku. Aku berharap jika ada keajaiban berlaku TAPI takdir ditangan NYA . kita hanya mampu berharap dan berdoa .Allah yang menentukan nya. Ya Allah . umurnya masih muda , masih panjang perjalanan hidupnya.Adakah ia akan berakhir seperti ini ?  
. . . . . .
Teapat jam 12 tengah hari selepas selasai makan tengah hari , aku bersama teman aku masuk semula ke wad , keadaan agak bising disebabkan waktu melawat .  Setibanya aku ke wad ,ramai saudara mara gadis tersebut datang untuk melawat nya..Keadaan beliau juga agak tenat.Teman ku diarahkan oleh doktor untuk melakukan ECG kepada gadis tersebut,tetapi selepas beberapa kali, masih tidak dapat.Nadinya jugak sudah berhenti berdenyut. Dan doktor telah mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
. . . . . .
Innalillahi wa inna ilaihi Raji'un
. . . . . .
Perginya seorang hamba Allah.Perasan sedih yang tidak terhingga dapat dirasai.Keluarga beliau terutama ibunya tidak berhenti-henti menangis. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Berkuasa.Mungkin Allah lebih menyayangi beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
. . . . . .

"MATI ITU PASTI , MATI JUGA TAK MENGENAL USIA MAHUPUN JANTINA "


Bisik hati ku...

YA ALLAH......
Aku mohon pada Mu,
Kau lindungilah orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini..
Kau ampinilah segala dosa mereka....
Kau lindungilah ibu bapa kami.....
Kuatkanlah iman mereka...
Kurniakanlah rezeki yang halal kepada mereka...

YA ALLAH....
Jadikan lah kami semua anak-anak yang soleh & solehah kepada kedua ibu bapa kami.....
Supaya kami dapat berbakti kepada mereka....
YA ALLAH... tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi calon bidadari di dunia yang pasti akan pudar kecantikannya....
YA ALLAH...kau bangunkan aku untuk memperjuangkan agama MU yang mulia ini dan jadikan lah aku wanita yang sentiasa melabuhkan cintaku kepada MU...
YA ALLAH, jika aku menyembah Mu kerana aku takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka...
YA ALLAH, sekiranya aku menyembah Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga Mu..
YA ALLAH, namun sekiranya aku menyembah MU semata-mata demi Mu, janganlah ENGKAU enggan memeperlihatkan keindahan wajah MU yang abadi kepada ku..

AMIN YA RABBAL ALAMIN :D

Monday 2 April 2012

✿˚♥Menjadi pelengkap tulang rusuk kiri yang hilang .♥ ヅ

ASSALAMUALAIKUM . . بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


✿˚♥ Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok . . Untuk diluruskan lelaki , tetapi seandainya lelaki tidak lurus . . Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus ✿˚♥



Hawa dijadikan untuk memenuhi kekosongan hidup Nabi Adam AS suatu ketika dahulu . Emm cerita sal CINTA , JODOH & KAHWIN nie memang selalu menjadi topik penting bagi kita kan ? Especially yg masih belum mendirikan masjid like ME ! aHaaakkksss :) Tapi mencari seseorang untuk dijadikan insan yg bergelar SUAMI bukanlah suatu perkara yg mudah. Right ? Cinta , Hati dan Perasaan memainkan peranan penting .

●•♥❤•● | Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu , yang menitiskN airmata tatkala melihat sakitmu melahirkan zuriat , yang membangunkan mu untuk beribadat bersama-sama 1/3 malam |
●•♥❤•●【ツ】♫

Bagi kaum Hawa semestinya ingin mencari suami yang akan membawa dan memimpin mu ke syurga dan bukanlah hanya bergelar sebagai seorang SUAMI sahaja .

14 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA 

1) Yang taat beragama dan menjaga solat nya.

2) Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segalanya. 

3) Yang  sentiasa tersenyum dan merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat atau kedudukan. 

4) Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain.

5) Yang sedia mencurahkan wang,masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

6) Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya.

7) Yang membawa anak-anak dan isterinya ke rumah ibadat. 

8) Yang sentiasa dalam dirinya tertanam sifat Syukur kepada Allah atas setiap apa yang diperoleh nya.

9) Yang sentiasa membantu si isteri dalam urusan rumahtangga.

10) Yang sentiasa menjadi teman , sahabat , kekasih dan suami dalam apa jua keadaan samada senang mahupun susah.

11) Yang sentiasa memahami dan menjaga perasaan isteri.

12) Yang pandai menghormati orang tua , keluarga , jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. 

13) Yang mampu memimpin diri sendiri , isteri dan anak-anak , keluarga , dan orang lain dengan baik dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

14) Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan , bukan hidup dengan angan-angan dan memerlukan pertolongan.


Pesanan untuk kaum Hawa :
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong , itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha dirimu dan dirinya juga .

Pesanan untuk kaum Adam :
Mereka sombonk kerana mereka menjaga pergaulan mereka dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya dan dirimu bergelumang dengan dosa . Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta terlarang..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan Mu..

Wif a lot of love by Si Gadis Merah Jambu ♥ ヅ

Wednesday 28 March 2012

●•♥❤•● Berbicara tentang C.I.N.TA [ part 1 ] ♥ ヅ

ASSALAMUALAIKUM !

Okey tengok gambar kat atas tu mesti korunk dah taw ape topik ENTRY aku kali nie kan?

C.I.N.T.A
Topik sal C.I.N.T.A nie memang dari azali lagi dah jadik topik panas kan ? Alangkah bertuahnya jika cinta kita sehebat dan seagung cinta Nabi Adam dan Hawa , cinta Nabi Muhamad dan Siti Khadijah :)

"Rasa cinta wujud dalam jiwa manusia sejak dari manusia itu lahir ke dunia lagi"


Jadi kita memang tak boleh lari dari C.I.N.T.A tapi biarlah hubungan itu menjadi suatu yg HALAL 

12 PERKARA PENTING YG WAJIB KAMU TAHU TENTANG CINTA :

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
 ♥ ♥ ♥ SEBELUM KITA MENCINTAI SESEORANG  ♥ ♥ ♥
Pesan pada DIRI , jangan tersalah memberi HATI pada insan yg tak SUDI , pada insan yg tak MENGERTI .
Kerna sekali kau MEMBERI , selamanya dia di HATI ! Kerana sekali kau DILUKAI ,sampai bila-bila tetap kau ingati !
Pesan lagi pada diri , hati-hatilah dalam memberi HATI kerna ia hanyalah untuk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI  (◕‿◕)