Friday 24 February 2012

Bersyukur atas nikmatNYA ツ

Assalamualaikum :)


Comel tak gambar baby kat atas tu? tengok pom da ase geram kan :) Mesti korunk tertanye2 ape entry aq kali nie kan?? (^,^)????

Firstly aku nak kongsi ngan korunk satu pengalaman yg bermakna dan terindah bagi aku yg terjadi sekitar 30 jam yg lepas a.k.a semalm..hehe
Semalam first time n first day aku ditempatkan di Labour room di Hospital Tunku Ampuan Rahimah(HTAR).Tempat dimana lahirnya si comel yg bakal memimpin negara suatu hari kelak ! *mungkin,siapa tahu kan?


Semalam aku berkesempatan tgk depan mata aku dua kelahiran bayi dalam masa sejam sahaja, itupun dah boleh wat air mata aku mengalir..:'(  Mane tak nangis lau tgk betapa sakitnya seorang ibu bertarung nyawa untuk melahirkan anak..Tuhan je tahu macamane seksanya antara hidup & mati nak selamatkan bayi tu~

Mase waktu ,aku sempat jugaklah membayangkan diri aku kat tempat ibu tu..HadoOoooiiii, ase tak nak bersalin pun ada.. TAKUT ! Haissshh macam2 lam pikiran aku masa tu. Tapi tak sempurna la hidup seseorang wanita tu jika tak melahirkan cahaya mata yang juga pengikat kebahagiaan dalam keluarga.. *ecececee kemain lagi ayat aku

::Untuk pengetahuan korunk::
Tangisan pertama si anak yang baru keluar bertemu alam dunia, memberi makna besar kepada ibu. Seorang ibu, juga bapa tentunya mengukir senyum gembira tatkala melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia.  ツ
Hilang segala kesakitan yg dialami si ibu tatkala selamat melahirkan bayi yg dikandung nya selama 9 bulan 7 hari..

Bukan senang tau nak melalui saat-saat dari disahkan hamil sehinggalah tiba hari melahirkan bayi yang dikandung :
  •           Alahan atau alergik terhadap makanan , haiwan @ sebarang bauan
  •          Muntah-muntah yang teruk (morning sickness)
  •    Kuat makan sehinggakan berat badan meningkat.
  •          Berat badan yang meningkat akan mencetuskan obesiti dan obesiti akan mencetuskan penyakit kencing manis kepada ibu hamil.
  •          Sembelit yang teruk
  •          Buasir
  •          Jangkitan kuman (bakteria) pada saluran kencing.
  •          Anemia iaitu kekurangan sel darah merah.  Apabila berlaku anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan ibu dan bayi tidak mencukupi. Jadi situasi ini cukup bahaya terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.
  •          Sakit urat dan kekejangan otot kaki.



::Nie ada aku sediakan video proses bayi yg berada dalam perut ibu sehingga dilahirkan  ツ

Jadi bersyukurlah kita kerana berkesempatan dilahirkan ke dunia ini! Taatilah & sayangilah ibubapa kita  ツ Tanpa mereka siapalah kita .. 

Khas untuk ibuku  ROHANA , Kau lah RATU hidupku ! Terima kasih kerana telah bersusah payah bertarung nyawa melahirkan aku kedunia nie serta mendidik aku sehingga aku dewasa sekarang ! I LOVE U MOM  ツ


SEKIAN .. ツ

No comments:

Post a Comment