Tuesday 3 April 2012

●•♥❤•● Mati itu sesuatu yang pasti

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum . . .


Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada diriku ini untuk terus menghirup udara segar ini , memberi peluang untuk saya bersama orang-orang yg saya teramat sayangi ibu bapa  , adik2 , nenek , saudara mara dan juga kawan-kawan ku yang tidak pernah jemu meberi sokongan dan menceriakan hidup aku selama ini. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada kalian semua . Sesungguhnya ini merupakan kekuasaan Allah s.w.t untuk kita semua .

Allah berfirman yang bermaksud :


“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”
(Surah Jum’ah ayat 8 )
mati itu pasti. . . cuma bila , di mana , bagaimana , kenapa dan seumpamanya yg membezakan segalanya . . .

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

ISNIN. 2.4.2012
Hari ini seperti hari-hari biasa aku bangun pada pkul 5.30 pagi mempersiapkan diri aku untuk memulakan pekerjaan aku sebagai student nurse di Hospital Tunku Ampuan Rahimah , Klang. Pada minggu ini , group aku telah ditempatkan di wad surgical 3A iaitu wad pembedahan wanita . Tepat jam 6.45 pagi, aku bersama teman-teman berjalan untuk ke hospital yang terletak hanya beberapa meter dari asrama kami.
Keadaan didalam wad hari nie  sunyi dan tak ramai pesakit. Katil-katil banyak yang kosong, biasalah wad surgical tak macam wad medikal yang pesakit nya hampir 80 orang dan siap ada katil tambahan lagi kan.
. . . . . . .
Selepas mengambil report dari staf nurse yang incharge kubikel , aku melakukan tugas seperti biasa. Tapi kerja di wad surgikal tak de lah seteruk medikal.So, selesai siapkan semua kerja , aku berjalan menghampiri satu persati katil pesakit untuk membaca dan memahami sebab pesakit dimasukkan ke wad dan tindakan perawatan yang akan dijalankan ke atas mereka.
. . . . . . .
Setiba aku di kubikel acute iaitu kubikel yang agak dikira kes berat la jugak dan perlu rawatan serius serta dalam pemerhatian , aku terlihat seorang gadis berumur sekitar 20 an iaitu sebaya dengan umur ku berselirat dengan banyak wayar-wayar mesin yang disambungkan kepada nya. Keadaan nya juga agak teruk dan kritikal.Aku tertanya-tanya . Lalu aku membuka  membuka fail pesakit serta sempat berbual dengan ibu gadis tersebut yang setia menemani anak nya. Gadis tersebut dimasukkan kewad disebabkan kemalangan jalan raya. 
. . . . . ..
SELASA . 3.4.2012
Sama seperti semalam aku menjalankan tugas aku di wad tapi hari ini sngat berbeza kerana aku dapat rasa hari ini lambat sangat , tak tahu kenapa. Wad pun seperti agak suram sahaja Mungkin itu hanya perasaan aku kot . Si ibu yang menemani gadis semalam masih setia menemani anak nya . Begitu lah kasih ibu . 
. . . . . . 
Semasa aku tengah melakukan kerja aku , dengan tiba-tiba seorang kakak yg menjaga kubikel acute iaitu senior aku , Kak Ros datang menghampiri aku dan memberitahu bahawa keadaan gadis tadi sangat tenat dan hanya menunggu masa sahaja. Tanda-tanda dapat dilihat apabila badannya mulai sejuk,suhu dan tekanan darah menurun,pernafasan berkurangan dan oksigen dalam badannya juga rendah . Doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa. Astaghfirullahalazim . . .
. . . . . .
Terdetik perasaann sedih dalam hati aku. Aku berharap jika ada keajaiban berlaku TAPI takdir ditangan NYA . kita hanya mampu berharap dan berdoa .Allah yang menentukan nya. Ya Allah . umurnya masih muda , masih panjang perjalanan hidupnya.Adakah ia akan berakhir seperti ini ?  
. . . . . .
Teapat jam 12 tengah hari selepas selasai makan tengah hari , aku bersama teman aku masuk semula ke wad , keadaan agak bising disebabkan waktu melawat .  Setibanya aku ke wad ,ramai saudara mara gadis tersebut datang untuk melawat nya..Keadaan beliau juga agak tenat.Teman ku diarahkan oleh doktor untuk melakukan ECG kepada gadis tersebut,tetapi selepas beberapa kali, masih tidak dapat.Nadinya jugak sudah berhenti berdenyut. Dan doktor telah mengesahkan beliau telah meninggal dunia.
. . . . . .
Innalillahi wa inna ilaihi Raji'un
. . . . . .
Perginya seorang hamba Allah.Perasan sedih yang tidak terhingga dapat dirasai.Keluarga beliau terutama ibunya tidak berhenti-henti menangis. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Berkuasa.Mungkin Allah lebih menyayangi beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
. . . . . .

"MATI ITU PASTI , MATI JUGA TAK MENGENAL USIA MAHUPUN JANTINA "


Bisik hati ku...

YA ALLAH......
Aku mohon pada Mu,
Kau lindungilah orang-orang yang telah meninggalkan dunia ini..
Kau ampinilah segala dosa mereka....
Kau lindungilah ibu bapa kami.....
Kuatkanlah iman mereka...
Kurniakanlah rezeki yang halal kepada mereka...

YA ALLAH....
Jadikan lah kami semua anak-anak yang soleh & solehah kepada kedua ibu bapa kami.....
Supaya kami dapat berbakti kepada mereka....
YA ALLAH... tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi calon bidadari di dunia yang pasti akan pudar kecantikannya....
YA ALLAH...kau bangunkan aku untuk memperjuangkan agama MU yang mulia ini dan jadikan lah aku wanita yang sentiasa melabuhkan cintaku kepada MU...
YA ALLAH, jika aku menyembah Mu kerana aku takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka...
YA ALLAH, sekiranya aku menyembah Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga Mu..
YA ALLAH, namun sekiranya aku menyembah MU semata-mata demi Mu, janganlah ENGKAU enggan memeperlihatkan keindahan wajah MU yang abadi kepada ku..

AMIN YA RABBAL ALAMIN :D

No comments:

Post a Comment