Monday 2 April 2012

✿˚♥Menjadi pelengkap tulang rusuk kiri yang hilang .♥ ヅ

ASSALAMUALAIKUM . . بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


✿˚♥ Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok . . Untuk diluruskan lelaki , tetapi seandainya lelaki tidak lurus . . Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus ✿˚♥



Hawa dijadikan untuk memenuhi kekosongan hidup Nabi Adam AS suatu ketika dahulu . Emm cerita sal CINTA , JODOH & KAHWIN nie memang selalu menjadi topik penting bagi kita kan ? Especially yg masih belum mendirikan masjid like ME ! aHaaakkksss :) Tapi mencari seseorang untuk dijadikan insan yg bergelar SUAMI bukanlah suatu perkara yg mudah. Right ? Cinta , Hati dan Perasaan memainkan peranan penting .

●•♥❤•● | Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu , yang menitiskN airmata tatkala melihat sakitmu melahirkan zuriat , yang membangunkan mu untuk beribadat bersama-sama 1/3 malam |
●•♥❤•●【ツ】♫

Bagi kaum Hawa semestinya ingin mencari suami yang akan membawa dan memimpin mu ke syurga dan bukanlah hanya bergelar sebagai seorang SUAMI sahaja .

14 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA 

1) Yang taat beragama dan menjaga solat nya.

2) Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segalanya. 

3) Yang  sentiasa tersenyum dan merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat atau kedudukan. 

4) Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain.

5) Yang sedia mencurahkan wang,masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

6) Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya.

7) Yang membawa anak-anak dan isterinya ke rumah ibadat. 

8) Yang sentiasa dalam dirinya tertanam sifat Syukur kepada Allah atas setiap apa yang diperoleh nya.

9) Yang sentiasa membantu si isteri dalam urusan rumahtangga.

10) Yang sentiasa menjadi teman , sahabat , kekasih dan suami dalam apa jua keadaan samada senang mahupun susah.

11) Yang sentiasa memahami dan menjaga perasaan isteri.

12) Yang pandai menghormati orang tua , keluarga , jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. 

13) Yang mampu memimpin diri sendiri , isteri dan anak-anak , keluarga , dan orang lain dengan baik dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

14) Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan , bukan hidup dengan angan-angan dan memerlukan pertolongan.


Pesanan untuk kaum Hawa :
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong , itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha dirimu dan dirinya juga .

Pesanan untuk kaum Adam :
Mereka sombonk kerana mereka menjaga pergaulan mereka dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya dan dirimu bergelumang dengan dosa . Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta terlarang..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan Mu..

Wif a lot of love by Si Gadis Merah Jambu ♥ ヅ

2 comments: